Laman Utama > Pembangunan Bakat > Pembangunan Bakat

PENGENALAN

Kokurikulum merupakan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Aktiviti-aktiviti ini lebih menekankan aspek-aspek tersembunyi seperti nilai diri, bakat, kepimpinan dan sosial. Ia juga berfungsi untuk mengukuhkan dan menjayakan pembelajaran pelajar-pelajar yang terlibat di dalam kelas. Komponen atau aktiviti di dalam kegiatan kokurikulum mempunyai kurikulum tersendiri yang mana modul dijadikan panduan kepada setiap kursus yang ditawarkan. Terdapat tiga kategori utama kegiatan kokurikulum di MRSM Beseri  iaitu:

1. Kelab & Persatuan
2. Sukan & Permaianan
3. Badan Beruniform

VISI

Visi Unit Pembangunan Kokurikulum MRSM Beseri ialah untuk menjadikannya satu unit yang cemerlang dalam menyumbang kepada pembangunan sahsiah pelajar.

MISI

Misi Unit Pembangunan Kokurikulum MRSM Lenggong ialah untuk merancang dan melaksanakan suatu sistem pengurusan kokurikulum yang ungul bagi membantu pihak maktab melahirkan pelajar yang cemerlang dalam semua aspek kehidupan. 

OBJEKTIF

Objektif khusus yang diberi perhatian dalam usaha mencapai matlamat di atas adalah seperti berikut:

1. Kecemerlangan Sahsiah
2. Kesedaran Keusahawanan
3. Bakat Kepimpinan

MATLAMAT

Melalui kokurikulum ini MRSM Beseri  berharap akan melahirkan pelajar-pelajar yang sempurna dan berketrampilan serta dapat berkhidmat kepada diri sendiri, masyarakat, bangsa dan negara.