Laman Utama > MRSM Main Seksyen

MRSM Main Seksyen

Pentadbiran
03 January 2019 05:08 PM
admin

Kecemerlangan Akademik
17 January 2019 05:00 PM
adminrb

 Kecemerlangan Akademik

Hal Ehwal Akademik MRSM Beseri bertanggungjawab dalam mengawalselia perjalanan sistem pengajaran dan pembelajaran guru-guru di MRSM. Unit ini memainkan peranan penting dalam menyusun program-program pendidikan untuk mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar maktab. Selain itu unit ini juga bertanggungjawab dalam memastikan kemudahan-kemudahan pembelajaran di MRSM sentiasa terkawal dan mencukupi seperti kemudahan komputer (Internet), buku rujukan dan lain-lain.

Unit dan jawatankuasa dibawah seliaan Unit Hal Ehwal Akademik antaranya :

  • Jabatan Matematik

  • Jabatan Sains

  • Jabatan Sains Sosial

  • Jabatan Bahasa

  • Unit Peperiksaan dan Penilaian Maktab

  • Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi

 

 

 

 

Pembangunan Pelajar
10 December 2018 04:22 PM
adminrb

PEMBANGUNAN PELAJAR

 

PENGENALAN BWP

Badan Wakil Pelajar (BWP) ditubuhkan sebagai satu badan kebajikan dan kerjasama dalam menjaga kepentingan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ke arah mencapai matlamat dan wawasan pembangunan bangsa dan negara,disamping menjadi titian atau landasan kepada pelajar untuk memupuk dan menyubur bakat kepimpinan serta demokrasi dan kerjasama di kalangan pelajar.

 

MATLAMAT

Matlamat merupakan satu aset yang penting dan bertindak sebagai teras atau jalan supaya semua perancangan yang dijalankan sentiasa berada di landasannya.Antara matlamat BWP ialah :

Moto MRSM "Berdisplin,Berilmu dan Beramal" adalah sentiasa dijunjung dan diamalkan oleh setiap pelajar.

Setiap pelajar mendapat pimpinan, bimbingan, kemudahan dan perkhidmatan yang sewajarnya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Program/aktiviti BWP telah dirancang dengan rapi untuk memenuhi objektif-objektif yang telah ditetapkan

PERANAN BWP

Peranan atau tanggungjawab BWP adalah menaja, menganjur dan membantu mana-mana pihak dalam menjaga kebajikan, keselamatan dan kecemerlangan pelajar daripada masa ke masa.

 

Antara peranan BWP ialah :

Menentukan pelajar mendapat kemudahan dan perkhidmatan yang sewajarnya

Kemudahan belajar dan bimbingan

Kemudahan penginapan dan makanan

Kemudahan rawatan dan kesihatan

Kemudahan pengangkutan dan perhubungan

Kemudahan sukan dan riadah

Kemudahan kebajikan am

Membantu pihak maktab dalam menjayakan aktiviti

Aktiviti sukan antara pelajar,guru dan sebagainya

Aktiviti sambutan dan perayaan seperti hari kebangsaan,maulidur rasul, dan hari guru

Pendaftaran pelajar dan program Orientasi/Suaikenal pelajar

Jayakan aktiviti tahunan maktab

Menaja dan menganjurkan aktiviti atau program yang sesuai dan selaras dengan objektif

Majlis ilmu,dialog,ceramah,seminar atau bengkel akademik dan pengetahuan am

Majlis penerangan kepada pelajar berkaitan dengan urusan pentadbiran dan hal ehwal pelajar

Gerak kerja khidmat masyarakat atau gotong-royong di luar dan dalam maktab

Lawatan sambil belajar atau lawatan muhibbah dan program pembangunan sahsiah pelajar

 

PENGENALAN LDP

Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) merupakan suatu badan organisasi pelajar yang dianggotai oleh pelajar-pelajar yang telah melalui proses temuduga dan tapisan secara terperinci sebelum dilantik ke jawatan di dalam badan ini. LDP juga boleh dianggap sebagai badan pengawas yang membantu guru disiplin dan warden asrama dalam memastikan pelajar-pelajar mematuhi peraturan dan disiplin yang ditetapkan oleh pihak MRSM Beseri.

Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) ini juga merupakan satu daripada cabang kegiatan ko-kurikulum pelajar bagi membantu pihak maktab menguatkuasakan peraturan-peraturan maktab.

 

 MATLAMAT

Mewujudkan suasana disiplin yang harmoni dan berakhlak mulia dalam kehidupan pelajar MRSM.

Membentuk satu generasi pelajar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik.

Membimbing dan memberi khidmat nasihat kepada pelajar-pelajar agar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak MRSM Beseri dan seterusnya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang amanah dan berintegriti.

 

Pembangunan Bakat
05 July 2018 03:56 PM
adminrb

Galeri
15 January 2019 11:35 AM
admin

 

 

Laman Utama
18 April 2008 11:41 AM
admin

JADUAL WAKTU BERTULIS SPM 2018
11 July 2018 04:46 PM
271305

JADUAL WAKTU BERTULIS SPM 2018