PEMILIK KOMPETENSI DIMOHON UNTUK MEMBUAT PENGEMASKINIAN MAKLUMAT E-MEL DI HRMIS BAGI TUJUAN INTEGRITI DATA
GANGGUAN CAPAIAN DASHBOARD MyPERFORMANCE OLEH PEGAWAI YANG DINILAI (PYD), PEGAWAI PENILAI (PP) DAN PENTADBIR
Untuk Makluman, terdapat gangguan capaian dashboard Sistem HRMIS Modul MyPerformance pada 29 Mac 2024 (Jumaat) / 9.00 pagi hingga 12 tengah hari kerana kerja-kerja penyenggaraan Aplikasi HRMIS2.0 di JPA. Oleh itu, bagi mengelakkan sebarang kesulitan, pengguna MyPerformance dinasihatkan menyelesaikan urusan berkaitan Sasaran Kerja Utama (SKU), Penglibatan Sumbangan (PS), Kompetensi Tingkah Laku (KTL) dan Nilai Sepunya (NS) sebelum tarikh/masa mula di atas bagi kegunaan urusan perkhidmatan dan sebagainya.
Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
PERHATIAN
Pemilik Kompetensi dimohon untuk membuat pengemaskinian maklumat e-mel di HRMIS bagi tujuan integriti data.
PENGUKUHAN KESELAMATAN APLIKASI HRMIS2.0 : PEMAKLUMAN MENUKAR KATA LALUAN
Untuk Makluman, semua pengguna HRMIS2.0 diminta untuk Menukar Kata Laluan Masing-Masing Dengan Mematuhi Polisi Keselamatan Siber / Dasar Keselamatan ICT Sebagai Langkah Pencegahan Keselamatan Serangan Siber.
Pengguna perlu menukar kata laluan baharu menggunakan menu Lupa Kata Laluan di login page HRMIS2.0 berdasarkan ketetapan Polisi Keselamatan Siber / Dasar Keselamatan ICT dengan menepati semua kriteria berikut :
i. Sekurang-kurangnya 12 aksara;
ii. Mengandungi huruf dan nombor;
iii. Mengandungi aksara khas (cth: @ &); dan
iv. Mengandungi huruf besar dan huruf kecil.
MAKLUMAT TERKINI, TEPAT DAN BERINTEGRITI
Adalah diingatkan supaya pemilik kompetensi/pentadbir sentiasa menyemak dan memastikan maklumat yang dimasukkan ke dalam HRMIS adalah yang terkini, tepat dan berintegriti.